Jumaat, 8 April 2016 | 4:53pm
ANAK lelaki ketiga pasangan Syed Aiman dan Linda Rafar.

Linda Rafar dapat anak lelaki


LINDA Rafar dan Syed Aiman bersyukur di atas kelahiran anak ketiga mereka.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Linda Rafar dan Syed Aiman, menyambut kelahiran anak ketiga mereka, di Hospital Gleneagles, Ampang, kira-kira 2.05 petang tadi.

Bayi lelaki seberat 2.85 kilogram terbabit selamat dilahirkan menerusi pembedahan.

"Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami berada di hospital sejak 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda dimasukkan ke dewan pembedahan. Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin," kata Syed Aiman.

Aiman nyata cukup teruja dengan kehadiran anggota terbaharu dalam keluarga mereka.

"Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda," katanya.

Linda dan Aiman sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq, masing-masing berusia 8 dan 5 tahun. Pasangan selebriti ini berkahwin pada 2006.

Berita Harian X