Khamis, 7 April 2016 | 11:31pm

Militan Kurdis bunuh 5 anggota keselamatan Turki

ISTANBUL: Militan Kurdis membunuh lima anggota pasukan keselamatan Turki hari ini dalam siri pertembungan dan serangan bom di sebuah bandar yang dikepung tentera di tenggara negara itu, lapor agensi berita Dogan.

Pasukan keselamatan Turki menjalankan satu operasi di bandar Nusaybin di wilayah Mardin, di mana kerajaan melancarkan tentangan hebat ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Seorang pegawai polis kanan terkena tembakan, begitu juga empat anggota lain termasuk seorang mejar dalam skuadron Perancis serta seorang lagi pegawai kanan polis, maut dalam dua serangan bom berasingan.

Nusaybin berada dalam perintah berkurung sejak pertengahan Mac lalu bagi membolehkan operasi tentera mengusir PKK keluar dari bandar itu, di mana pihak berkuasa berkata kumpulan terbabit menggali parit dan meletakkan penghadang.

Beratus anggota keselamatan terbunuh di rantau itu dan kerajaan menyatakan ribuan militan PKK turut terkorban. - AFP

Berita Harian X