Rabu, 6 April 2016 | 7:03pm

Sokongan kaum Cina kembali kepada BN di Sarawak


SAKSI ketujuh, Mohd Sharol Anuar hadir untuk inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) diyakini akan mengekalkan penguasaan di Sarawak berikutan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau melihat sendiri perubahan sokongan kaum itu terhadap Adenan berbanding sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau yakin BN mampu memenangi 60 sehingga 70 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

"BN berkemungkinan dapat merampas kembali kerusi dalam bandar yang sebelum ini dimenangi DAP pada pilihan raya lalu kerana kembalinya sokongan masyarakat Cina.

"Ada perubahan daripada masyarakat Cina yang mengembalikan sokongan kepada Adenan kerana banyak persoalan dan masalah di negeri itu berjaya diselesaikan Ketua Menteri Sarawak.

"Ada tiga kawasan Cina di tempat saya, iaitu Muara Tebas, Lundu dan Sematan. Sebelum ini, saya mendapat sokongan 70 peratus di Sematan dan 68 peratus di Lundu. Saya yakin peningkatan ini kerana Adenan itu sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Berita Harian X