Rabu, 6 April 2016 | 9:03am

Ular sawa 4.5 meter masuk rumah


ANGGOTA bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang 4.5 meter yang memasuki sebuah rumah di Kampung Limpasung, Limbang pagi tadi.

LIMBANG:  Kemunculan seekor ular sawa dianggar sepanjang 4.5 meter dan berat 25 kilogram, mencemaskan satu keluarga di Kampung Limpasung, Batu Danau, di sini pagi tadi.

Ular itu ditemui salah seorang ahli keluarga terbabit di ruang dapur rumah mereka sebelum menghubungi bomba untuk bantuan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.09 pagi lalu menghantar sepasukan enam anggota ke tempat kejadian.

"Setiba di lokasi pada jam 5.21 pagi, anggota bomba dimaklumkan ular itu menyorok dalam stor di bahagian dapur. Kami akhirnya menemui ular itu dan menangkapnya menggunakan penjerut," katanya.

Berita Harian X