Sabtu, 2 April 2016 | 7:24pm

Jemaah solat Jumaat disengat lebah di AS

PHOENIX: Sekurang-kurangnya 20 orang jemaah disengat sekumpulan lebah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Masyarakat Islam Metropolitan Phoenix, dekat ini, semalam.

Beberapa daripada mereka kelihatan menggunakan pakaian dan selimut tambahan untuk mengelakkan diri daripada disengat lebah.

Sebelum kejadian, pihak masjid menyedari terdapat sarang lebah berada masjid itu dan mereka bercadang untuk memusnahkannya, hari ini.


JEMAAH menggunakan selimut tambahan untuk mengelakkan diri daripada disengat lebah. - Sumber news.sky.com

Dalam kejadian itu, jabatan bomba menyembur buih ke arah lebah itu dan anggota paramedik membantu menjauhkan orang awam dari lokasi kejadian.

Seorang lelaki berusia 24 tahun dibawa ke hospital manakala kesemua mangsa lain yang tercedera dikatakan berada dalam keadaan stabil. - AGENSI.

41 dibaca
Berita Harian X