Jumaat, 1 April 2016 | 9:33am
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa dari bot ke darat sebelum diserahkan kepada polis.
Mayat mangsa dinaikkan ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK).

Dua lagi mangsa lemas ditemui

TANJONG KARANG: Pencarian dua lagi mangsa lemas di Bagan Pasir di sini, selesai selepas mayat mereka ditemui awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mayat kedua ditemui pada jam 2.25 pagi manakala mayat terakhir pada jam 4.13 pagi tadi.

Katanya, kedua-duanya ditemui pada jarak antara 100-200 meter dari lokasi mereka dipercayai lemas.

"Kedua-duanya tidak dapat dikenalpasti kerana tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

"Mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk proses bedah siasat," katanya.

Kira-kira jam 3 petang semalam, tiga lelaki dilihat terjun ke dalam Sungai Tengi, di sini, dipercayai untuk melarikan diri daripada serbuan sepasukan anggota polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Berita Harian X