Selasa, 29 March 2016 | 11:31am
LELAKI ditemui rentung dalam kereta terbakar di Plaza Tol Damansara, Lebuhraya SPRINT awal pagi tadi - Foto Bomba

Lelaki rentung dalam kereta di plaza tol


LELAKI ditemui rentung dalam kereta terbakar di Plaza Tol Damansara, Lebuhraya SPRINT awal pagi tadi - Foto Bomba

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta jenis BMW yang terbakar di Plaza Tol Lebuhraya Sprint Damansara di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa dikatakan berhenti di plaza tol berkenaan dan beralih ke tempat duduk penumpang di bahagian hadapan, dipercayai untuk tidur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pekerja tol berkenaan mendakwa, mangsa tidur dengan keadaan enjin kereta masih hidup.

"Pintu kereta didapati berkunci ketika lelaki itu cuba dikejutkan.

"Selepas sejam, kereta terbabit tiba-tiba terbakar dan mangsa gagal diselamatkan berikutan api marak dengan cepat," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Zani berkata, mangsa dipercayai mabuk sebelum berhenti di plaza tol berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan dan pemilik kenderaan sedang dikenal pasti untuk membantu siasatan," katanya.

Berita Harian X