Ahad, 27 March 2016 | 6:25pm

Mayat remaja lemas ditemui

PADANG TERAP: Remaja lelaki yang hilang di pusat rekreasi Pengkalan Tok Mas, di sini, sejak petang semalam disahkan maut selepas mayatnya ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, sebentar tadi.

Mayat Mohd Firdaus Yap Abu Bakar Yap, 18, ditemui jam 5.25 petang selepas hampir 24 jam operasi mencari dan mengesan mangsa dilakukan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada ranting kayu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Sungai Petani.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang.

Berita Harian X