Sabtu, 26 March 2016 | 7:47pm
BEKAS legenda Manchester United, Andy Cole. - Foto Getty

Cole yakin Giggs boleh berjaya sebagai pengurus

MANCHESTER: Bekas pemain Manchester United, Andy Cole percaya betapa Ryan Giggs mampu menjadi pengurus United yang berjaya di Old Trafford.

Cole beraksi untuk United selama tujuh musim bersama Giggs dan menyatakan pemain kelahiran Wales itu mampu membawa kejayaan kepada United jika dia diberikan peluang dan masa yang mencukupi memandangkan dia sudah lama berkhidmat untuk kelab Manchester itu.

"Giggs pastinya berjaya. Seluruh karier bola sepaknya menyaksikan dia berada di sana.

"Saya beraksi bersamanya untuk bertahun-tahun. Jika dia menjadi pembantu jurulatih untuk dua jurulatih dan pastinya dia bakal mendapat peluang menjadi jurulatih satu hari nanti.

"Saya tahu begitu sukar untuknya kerana semua orang berkata perkara sama, tetapi itulah realitinya kerana pasukan itu ialah Manchester United.

"United sering merangkul kejuaraan liga, Piala FA, berjaya di peringkat Eropah dan sering mencatat kemenangan."

Cole juga turut berpendapat bahawa jawatan selaku pengendali United selepas persaraan Sir Alex Ferguson menjadi satu tugas yang sukar kepada mana-mana pengendali meskipun mereka memiliki pengalaman yang luas dalam bidang bola sepak.

"Tetapi saya rasakan jika Giggs dilantik selaku pengurus, dia akan memikul tanggungjawab terbabit dengan jayanya."

-Agensi

Berita Harian X