Jumaat, 25 March 2016 | 9:49am
SUASANA sedih menyelubungi ahli keluarga mangsa sebaik mendapat tahu penemuan mayat mangsa.

2 nelayan ditemui lemas

BOT yang membawa mayat Yusof yang ditemui pada jam 9.05 pagi tadi tiba di Jeti Pangkalan Nelayan Kayan sebentar tadi.

SITIAWAN: Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin ditemui lemas pagi ini.

Mayat Mohd Ghafran Man, 41, ditemui di muara Sungai Perak berhampiran Bagan Datoh pada jam 4.20 pagi, manakala rakannya, Yusof Abdul Rahim, 41, ditemui di kawasan sama pada jam 9.05 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Arbaan Abdul Mokti, berkata kedua -dua mayat ditemui nelayan yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kedua-dua mangsa ditemui terapung di permukaan air dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohd Ghafran dan Yusof dikatakan keluar ke laut pada jam 1 pagi Rabu lalu dan dilaporkan hilang selepas disedari kakak seorang daripada mangsa pada kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Semalam, orang ramai menemui sampan mangsa dalam keadaan kehabisan minyak dan terdapat kesan perlanggaran.

Berita Harian X