Rabu, 23 March 2016 | 3:33pm

1MDB: Jual beli saham Edra selesai

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah menyelesaikan penjualan aset cabang tenaganya, Edra Global Energy Bhd, dengan pertukaran saham untuk tunai dengan pihak berkaitan.

Perjanjian jual beli saham (SSPA) dilaksanakan di antara 1MDB, Edra Global Energy dan anak syarikatnya, dan China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) pada November tahun lalu.

"1MDB teruja untuk mengumumkan yang berikutan pematuhan semua keadaan duluan, SSPA berjaya diselesaikan pagi ini dengan pertukaran saham untuk tunai," katanya dalam menerusi satu kenyataan, hari ini.

Penyelesaian SPPA itu menandakan tamatnya penjualan saham Edra dan anak syarikatnya, satu peristiwa penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti diumumkan Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015.

Di bawah SPPA itu, CGN Group bersetuju mengambil alih 100 peratus pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd. - BERNAMA

Berita Harian X