Sabtu, 25 Oktober 2014 | 3:32pm

Sharifah Sakinah bertunang malam ini


KARIKATUR Sharifah Sakinah dan bakal tunangnya, Aliff Adha.

KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga selebriti, Sharifah Sakinah akan melangsungkan pertunangan dengan Aliff Adha malam ini di kediaman keluarganya di Taman Melawati, di sini.

Mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan Mac tahun depan iaitu genap setahun usia percintaan mereka.

"Alhamdulillah persiapan majlis malam ini sudah sempurna. Saya harap semua akan berjalan lancar malam ini.

"Saya beruntung kerana keluarga dan kawan banyak membantu melunaskan persiapan termasuklah kawan baik saya Marsha.

"Malam ini juga pihak kami akan menyediakan gambar pertunangan untuk rakan media. Jadi kalau pihak mereka tak bawa jurukamera, ia takkan jadi masalah," katanya.

Sakinah menyifatkan bakal tunangnya, seorang juruterbang sebagai seorang yang selamba malah tidak pernah ambil tahu mengenai dunia hiburan tempatan.

Berita Harian X