Sabtu, 25 Oktober 2014 | 3:12pm

Pasaran getah dijangka alami aliran meningkat

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami aliran meningkat minggu dengan permintaan bertambah baik bagi komoditi berkenaan, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata langkah yang diambil oleh pengeluar getah utama akan membantu menaikkan harga komoditi berkenaan.

"Pasaran getah akan juga mendapat rangsangan daripada ringgit yang lemah dan harga minyak mentah yang tinggi. Aliran menaik pasaran getah berkemungkinan berterusan sehingga akhir November," kata peniaga itu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melonjak 31.5 sen kepada 516.50 sen sekilogram, dan susu getah pukal naik 14.5 sen kepada 391.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menambah 32.5 sen kepada 520 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 14 sen kepada 394.0 sen kepada 394.0 sen sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X