Khamis, 17 March 2016 | 8:48pm

Danny Drinkwater dipanggil sertai The Three Lions


PEMAIN Leicester City, Shinji Okazaki (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Danny Drinkwater pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di Stadium King Power, baru-baru ini. - Foto Reuters

LONDON: Pemain tengah Leicester City, Danny Drinkwater dipanggil kali pertama untuk skuad England hari ini bagi perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Belanda.

Bekas pemain remaja Manchester United berusia 26 tahun itu memainkan peranan besar buat Leicester dalam perjalanan sensasi mereka berada di persada Liga Perdana dan diberikan anugerah untuk tempat dalam 24 pemain England oleh pengurus Roy Hodgson.

Penjaga gol Southampton Fraser Forster, penyerang Liverpool Daniel Sturridge dan penyerang Arsenal Danny Welbeck kembali selepas kecederaan, namun kapten Wayne Rooney tidak disenaraikan kerana kecederaan lutut.

"Apa dilakukannya menjadi bukti kepada sesiapa saja," kata Hodgson mengenai Drinkwater ketika sidang akhbar di Stadium Wembley.

"Dia melalui musim yang menakjubkan dalam pasukan yang melalui musim yang hebat, namun sejak tahun lalu lagi kami sudah mengetahui mengenainya." - AFP

Skuad England

Penjaga gol: Jack Butland (Stoke City), Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Manchester City)

Pertahanan: Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Phil Jagielka (Everton), Danny Rose (Tottenham Hotspur), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Everton), Kyle Walker (Tottenham Hotspur)

Tengah: Dele Alli (Tottenham Hotspur), Ross Barkley (Everton), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Danny Drinkwater (Leicester City), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Liverpool), James Milner (Liverpool), Raheem Sterling (Manchester City)

Penyerang: Harry Kane (Tottenham Hotspur), Daniel Sturridge (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester City), Theo Walcott (Arsenal), Danny Welbeck (Arsenal)

Berita Harian X