Jumaat, 24 Oktober 2014 | 5:33pm

Kereta pengurus pembinaan musnah dibaling molotov cocktail - Polis


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor memadam kebakaran kereta Audi A6 di Taman Seri Gelugor, Tasek Gelugor. - Foto Zulfa Mohamad

TASEK GELUGOR: Kereta milik seorang pengurus pembinaan musnah terbakar dipercayai dibaling dengan bom molotov cocktail di Taman Seri Gelugor, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan laporkan ketika mangsa yang berusia 60 tahun sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarga di dalam rumah.

Kejadian dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata perbuatan khianat itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM30,000.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Berita Harian X