Isnin, 14 March 2016 | 10:14pm

1,000 sertai pertandingan pikat merbuk di Kerian

Antara peserta Pertandingan Memikat Burung Merbuk yang diadakan di Bagan Tiang, Parit Buntar. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.

PARIT BUNTAR: Lebih 1,000 peminat dan pemikat burung merbuk dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pertandingan memikat burung itu yang diadakan di Bagan Tiang di sini.

Pertandingan itu dianjurkan Persatuan Merbuk King di pekarangan Dewan Serbaguna Mukim Bagan Tiang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Penyelaras pertandingan, Muhamad Yusuf Ishak, berkata aktiviti itu juga diadakan bagi menghimpunkan pemikat burung terutama di utara tanah air di samping bertujuan mengembang dan memelihara seni warisan itu sebagai suatu hobi.

"Pertandingan ini bukan sahaja menghimpun peserta dari seluruh daerah Kerian sebaliknya turut mendapat sambutan peserta dari peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Peserta yang bertanding berkongsi kegemaran sama, bertukar pendapat dalam kepelbagaian teknik memikat burung termasuk mendidik burung yang dijadikan denak," katanya di sini hari ini.

Berita Harian X