Isnin, 14 March 2016 | 2:21pm
JASON Loo pada sidang media di Pejabat GERAKAN Pulau Pinang, Jalan Macalister di Pulau Pinang, hari ini. - Foto Zulaikha Zainuzman

Kerajaan Pulang Pinang didesak perjelas projek Quey West

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak mengemukakan pendirian berhubung dasar perumahan yang diguna pakai bagi pembinaan projek rumah mampu milik di Quey West, Bayan Mutiara, di sini.

Desakan itu dibuat Ketua Biro Undang-Undang dan Pengaduan Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, susulan kenyataan bercanggah dikemukakan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dasar perumahan bagi projek terbabit.

Loo berkata, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan, sama ada projek terbabit menggunakan dasar jenis pejabat kecil, rumah pejabat (SOHO) atau rumah mampu milik.

"Penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembeli. Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng umum projek ini akan dibangunkan mengikut dasar rumah mampu milik, selain perincian mengenainya sudah dinyatakan dalam borang PN1.

"Bagaimanapun, ia bercanggah dengan kenyataan EXCO Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo yang menegaskan pembinaan projek terbabit dibuat mengikut dasar SOHO minggu lalu," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X