Sabtu, 12 March 2016 | 12:26pm
MATTA Fair sentiasa menjadi tarikan para pengunjung yang gemar bercuti ke tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara. Pameran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini sehingga 13 Mac menghimpunkan lebih 1,000 gerai pelbagai syarikat pelancongan, syarikat penerbangan, lembaga pelancongan, dan ejen-ejen persiaran domestik dan antarabangsa. - Foto BERNAMA

Hari pertama MATTA Fair tarik hampir 30,000 pengunjung

KUALA LUMPUR: Pameran pelancongan oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) ke-14, berjaya menarik hampir 30,000 pengunjung pada hari pertama penganjurannya, semalam.

Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat ketika ditemui sebentar tadi, berkata jumlah itu di luar jangkaan kerana hari pertama pameran adalah hari bekerja.

"Tidak mustahil MATTA Fair kali ini mampu menarik 100,000 pengunjung selama tiga hari penganjuran. Biasanya sekitar 20,000 pengunjung hadir pada hari pertama, namun keadaan berbeza kali ini.

"Pempamer juga memberi maklum balas yang baik dan memperoleh jualan pakej pelancongan memberangsangkan. Ini mungkin didorong oleh penekanan kami terhadap promosi percutian domestik berikutan keadaan ekonomi ketika ini," katanya.

Majlis pelancaran MATTA Fair ke-41 disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

Berita Harian X