Sabtu, 12 March 2016 | 11:55am
SERANGAN tentera udara Israel ke atas pangkalan Hamas di Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel yang mensasarkan sebuah pangkalan tentera Hamas di Semenanjung Gaza, hari ini mengorbankan seorang kanak-kanak dan mencederakan dua adik beradiknya, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Asfraf al-Qudra.

Yasin Abu Khussa, 10, maut dalam satu serangan ke atas sebuah pangkalan sayap ketenteraan kumpulan terbabit, Briged Ezzedine al-Qassam di Beit Lahiya, utara Gaza, katanya dalam satu daripada empat serangan tindak balas tentera Zionis ke atas tembakan roket ke Israel.

Adik perempuan mangsa Yasmin, 6, cedera teruk dan abangnya Ayub, 13, cedera biasa, kata al-Qudra kepada AFP.

Serangan udara itu dilakukan beberapa jam selepas empat roket dilepaskan pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza yang terkena wilayah jiran Israel semalam, menurut tentera Israel. Tiada warga Israel cedera. - AFP

26 dibaca
Berita Harian X