Sabtu, 12 March 2016 | 12:57am

IAAF lanjut tempoh penggantungan Russia


SEBASTIAN Coe. - Foto EPA

MONACO: Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) melanjutkan tempoh penggantungan Russia daripada pertandingan antarabangsa sekali gus meningkatkan kebimbangan kuasa besar sukan olahraga itu yang mungkin terlepas temasya Sukan Olimpik Rio.

Sepasukan lima petugas khas IAAF yang diketuai bekas pengarah Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), Rune Andersen mengemukakan laporan kepada Sebastian Coe selaku presiden badan induk dunia yang mentadbir hal ehwal olahraga antarabangsa.

Andersen berkata, Russia sudah menunjukkan kemajuan yang besar berikutan penggantungannya pada November.

"Bagaimanapun, pandangan daripada pasukan petugas mendapati masih terdapat beberapa kerja yang perlu dilakukan bagi memenuhi syarat kemasukan semula," katanya. - AFP

Berita Harian X