Jumaat, 11 March 2016 | 5:38pm

Perak sasar 1.5j pelancong menginap di Ipoh


MAYAT seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jalan Besar FELDA Tenggaroh, petang tadi. - Foto Ihsan pembaca

IPOH: Kerajaan Perak menyasarkan 1.5 juta pelancong datang dan menginap di Ipoh sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan kedudukan Ipoh yang semakin popular dalam kalangan pelancong sejak kebelakangan ini.

"Perangkaan sembilan bulan pertama tahun lalu menunjukkan kira-kira sejuta pelancong datang dan menginap di Ipoh, peningkatan kira-kira 10 peratus berbanding 900,000 orang yang direkodkan bagi tempoh sama pada tahun 2014," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pakej Agro Tourism Perak sempena MATTA Fair Perak 2016 di Kompleks Beli Belah Ipoh Parade di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man; Pengarah Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi.

Berita Harian X