Khamis, 10 March 2016 | 11:23am

Brent susut 12 cents tapi kekal atas AS$40 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut pada awal hari ini selepas minyak mentah AS mencapai rekod tertinggi 2016 dan Brent kembali melepasi AS$40 setong, namun penganalisis memberi amaran bahawa kenaikan lebih besar bukan satu jaminan kerana lebihan bekalan terus mengatasi permintaan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent antarabangsa diniagakan pada AS$40.95 setong pada 0142 GMT, susut 12 cents daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) susut 5 cents kepada AS$38.24 setong.

Kejatuhan hadir selepas harga meningkat sehingga lima peratus pada Rabu dengan minyak mentah AS mencapai paras tinggi tiga bulan berikutan inventori pengeluaran besar petrol, yang dibayangi rekod tinggi stok simpanan minyak mentah.

Namun penganalisis memberi amaran pengeluaran minyak mentah global tidak terjual lebih satu juta tong sehari (bpd) menunjukkan sedikit tanda semakin berkurangan.

Dengan inventori minyak mentah AS berada pada paras rekod walaupun permintaan kukuh, tumpuan kini terletak pada perjanjian yang berpotensi antara pengeluar dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang diketuai oleh Arab Saudi dan bukan pengeksport OPEC yang diterajui Russia untuk mengekang pengeluaran. - Reuters

Berita Harian X