Rabu, 9 March 2016 | 6:15pm

12,000 orang di jangka kunjung MATTA Johor, April ini

PENGERUSI MATTA Johor, Kathryn Lee (tengah) bergambar bersama maskot Peabody dan Sherman pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU: Lebih 12,000 pengunjung dijangka hadir pada Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Johor diadakan pada 8 April ini, di Expo & Danga City Mall, di sini. 

Pengerusi MATTA Johor, Kathryn Lee, berkata pameran yang akan bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam itu, turut menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara yang menarik. 

Katanya, pada pameran kali ini pihaknya menyasarkan jualan pakej pelancongan bernilai RM12 juta, berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada pameran yang diadakan tahun lalu dengan nilai jualan RM10 juta.

"Pada kali ini, lebih 140 gerai disediakan dengan penyertaan lebih 24 syarikat pelancongan, hotel dan taman tema yang akan mempromosikan pakej jualan masing-masing dengan harga berpatutan dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara. 

"Setiap pengunjung dikenakan caj kemasukan sebanyak RM3, manakala percuma bagi mereka berusia bawah 12 tahun.

"Pada masa sama, kita juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya pameran berkenaan termasuk cabutan bertuah serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita Harian X