Rabu, 9 March 2016 | 4:23pm

Peluru berpandu kami boleh sampai ke Israel - Iran


PELURU berpandu balistik yang dilancarkan angkatan tenteranya dalam ujian terbaharu, hari ini. - Foto Reuters

DUBAI: Perbadanan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang menjalankan dua ujian peluru berpandu antara benua hari ini mendakwa, roket berkenaan reka bentuk bagi membolehkan ia menjangkau jarak sehingga ke Israel.

Ujian terbaharu peluru berpandu Iran itu dilaporkan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan besar-besaran dan mempamerkan keupayaan IRGC untuk menyaingi sebarang ancaman kuasa besar.

IRGC melepaskan dua peluru berpandu Qadr - peluru berpandu jarak lauh Qadr-H dan peluru berpandu kepersisan Qadr-F dari bahagian utara negara itu dan mengenai serta memusnahkan sasaran di timur laut sejauh 1,400 kilometer, demikian lapor agensi media Iran.

Sasaran paling dekat dari Iran ialah jarak kira-kira 1,000km dari Tel Aviv dan Baitulmaqdis.


REKA bentuk roket ini berkemampuan membedil pada jarak sehingga 2,000km. - Foto Reuters

"Sebab utama kami reka bentuk roket ini dengan kemampuan jarak bedilan sehingga 2,000km ialah untuk membolehkannya ia memusnahkan musuh kami iaitu rejim Zionis dari jarak selamat," kata Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh yang dipetik agensi berita ISNA.

Pegawai Israel setakat ini tidak mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung ujian peluru berpandu terbaharu Iran itu. - REUTERS

Berita Harian X