Rabu, 9 March 2016 | 1:20pm

Oktober diisytihar sebagai bulan kaunseling kebangsaan


ISTERI Ketua Menteri, Puan Sri Jamilah Anu (tiga dari kanan) bersama Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua dari kanan), Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Sri Empiang Jabu (empat dari kiri) bersama Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah (lima dari kiri) serta tetamu kehormat yang hadir membuat gimik perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2016 yang diadakan di The Spring Mall, Kuching semalam. - Foto Jeakqleyn Yacho

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mengisytiharkan Oktober sebagai bulan kaunseling kebangsaan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ia akan mula dilaksanakan pada Oktober tahun ini selaras dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

"Sepanjang bulan ini, kita cadangkan pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk kaunselor turun padang ke kawasan untuk mendekati kumpulan sasaran.

"Kesihatan mental amat subjektif, luas dan merangkumi pelbagai aspek yang boleh membabitkan sesiapa saja. Kita perlu buang stigma 'takut jumpa kaunselor' atau hanya yang 'sakit mental' saja perlu jumpa kaunselor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Kaunseling kebangsaan Kali ke-15 'Intervensi Kaunseling-Kesihatan Mental' di sini, hari ini.

Berita Harian X