Isnin, 7 March 2016 | 10:39pm

Tahan sakit kaki tersepit dalam lubang tandas

TAIPING: Seorang kanak-kanak, Afham Faiz Mohd Tahir, 7, terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam apabila kakinya tersepit dalam lubang tandas rumahnya di Jalan Simpang, di sini, sebelum diselamatkan anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata,  anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas ke rumah kanak-kanak itu selepas menerima  panggilan pada jam 6.10 petang tadi.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kanak-kanak lelaki terbabit  dengan kaki kanannya tersepit dalam lubang tandas rumahnya.

"Anggota bomba bertindak menggunakan peralatan 'Parayex Rescue Tool' untuk memecahkan lubang tandas sehingga berjaya mengeluarkan kaki mangsa," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Berita Harian X