Isnin, 7 March 2016 | 9:23pm

3 mayat ditemui dalam ladang kelapa sawit


ANGGOTA Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, mengangkat dau daripada tiga mayat yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit di Kampung Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang, petang tadi. - Foto Mohd Azren Jamaludin

PASIR GUDANG: Tiga mayat dijumpai rentung dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit di Kampung Cahaya Baru, Masai, dekat sini petang tadi.

Mayat mangsa dipercayai mangsa bunuh dijumpai oleh pekerja ladang kelapa sawit itu kira-kira jam 4 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari, berkata pada mulanya pihak polis dimaklumkan oleh pekerja ladang mengenai penemuan sebuah kereta terbakar di ladang berkenaan.

"Siasatan awal di lokasi kejadian menemui tiga mayat rentung iaitu seorang di tempat duduk hadapan dan dua lagi di bahagian penumpang belakang.

"Setakat ini polis dapat mengenal pasti identiti mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Norazam berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan setakat ini pihaknya menolak kejadian itu kaitan penemuan mayat itu dengan kes culik.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Berita Harian X