Jumaat, 4 March 2016 | 8:22am

Bomba bantu pindah pesakit berat lebih 200 kg


ANGGOTA bomba dan penyelamat menaikkan remaja, Mohammad Khairul Azhar Mohd Jamil ke dalam lori akibat diserang sawan untuk dibawa ke Hospital Kajang.

SEMENYIH: Jabatan Bomba dan Penyelamat malam tadi membantu memindahkan seorang lelaki yang berat lebih 200 kilogram dari Klinik Kesihatan Beranang ke Hospital Kajang akibat diserang sawan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 malam daripada pihak klinik kesihatan terbabit yang memohon bantuan memindahkan pesakit, Mohammad Khairul Azhar Mohd Jamil, 19, kerana tidak boleh ditempatkan di atas pengusung dan masuk ke dalam ambulans.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba di klinik kesihatan pada jam 10.21 malam dan terpaksa mengusung lelaki itu menggunakan tilam," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Kajang dengan menaiki lori tiga tan jenis Isuzu milik bomba sambil diiringi pembantu pegawai perubatan bagi memantau keadaan pesakit.

Berita Harian X