Khamis, 3 March 2016 | 9:06am

Tottenham lepaskan peluang keemasan


PEMAIN Tottenham, Ben Davies ketika beraksi menentang in pemain West Ham, Diafra Sakho. - Foto Reuters

LONDON: Tottenham Hotspur mensia-siakan peluang untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris apabila tewas 1-0 dalam pertembungan tetangga kepada West Ham United, awal pagi tadi.

Michail Antonio muncul wira West Ham sekali lagi apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ketujuh sekali gus menghadiahkan kekalahan keempat Spurs musim ini.

"Mereka sepatutnya lebih gembira dengan keputusan ini berbanding kami," kata pengurus West Ham, Slaven Bilic. "Sepatutnya kami boleh menyumbat lebih banyak gol."

Kekalahan Tottenham itu menyaksikan semua pencabar pendahulu, Leicester City tumbang awal pagi tadi. Arsenal tewas kepada Swansea 2-1 manakala Manchester City tersungkur di Anfield 3-0.

Bagaimanapun, West Ham kini hanya dipisahkan satu mata dengan City yang menduduki tangga keempat.

"Setiap pengurus cuba untuk bertenang. Ia satu musim yang cukup terbuka," kata Bilic. - AP

Berita Harian X