Rabu, 2 March 2016 | 1:26pm

SYABAS nafi catuan air peringkat kedua di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menafikan laporan yang tersebar luas melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini berhubung senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata maklumat yang disebarkan itu adalah palsu dan ia sebenarnya merujuk pelan catuan bekalan air pada tahun 2014.

"Pengguna disaran menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atau www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Berita Harian X