Selasa, 1 March 2016 | 4:41pm

Lelaki maut kereta dipandu terbabas


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa dari keretanya di Jalan Semeliang di Kuala Nerang, tengah hari tadi. - Foto ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut akibat tersepit pada tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Semeliang di Kuala Nerang, tengah hari tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, Zulkefle Hassan, berkata mangsa dikenali sebagai Suhaimi Lebai Muhammad, 48, dan memandu kereta jenis PROTON Wira kelabu.

"Kita menerima panggilan kejadian pada jam 12.27 tengah hari dan segera mengeluarkan mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Nerang," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X