Jumaat, 26 Februari 2016 | 8:42pm

Kanak-kanak mati lemas dalam kolam takungan


KANAK-KANAK berusia 11 tahun ditemui mati lemas di sebuah kolam takungan kebun kelapa sawit di Kampung Sedayung 2, Sri Medan, Batu Pahat kira-kira 3. 30 petang tadi.- Foto Ihsan BOMBA

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditemui mati lemas di sebuah kolam takungan kebun kelapa sawit, di Kampung Sedayung 2, Sri Medan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Mohamad Nor Afiq Firdaus Mohamad, dipercayai lemas ketika sedang mandi di kolam berkenaan bersama rakannya.

Timbalan Ketua Polis Batu Pahat, Superintendant KS Mender Singh, berkata mayat kanak- kanak itu ditemui kira-kira jam 5.15 petang tadi oleh anggota Bomba dan Penyelamat Yong Peng.

"Mangsa ke kolam berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk mandi, namun tiba-tiba dilihat terkapai-kapai meminta bantuan.

"Mayat kanak- kanak itu ditemui selepas hampir sejam operasi mencari dan menyelamat dijalankan," katanya, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail  (HSNI) untuk bedah siasat.

39 dibaca
Berita Harian X