Jumaat, 26 Februari 2016 | 7:24pm

MPK sasar kutip RM10 juta tunggakan cukai taksiran


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob.

KUANTAN: Sejumlah RM10 juta daripada RM17.9 juta tunggakan cukai taksiran pemegang harta kediaman dan premis perniagaan dijangka dikutip Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata pemegang harta di kawasan pentadbiran majlis itu dinasihati menjelaskan tunggakan bagi mengelak dikenakan tindakan, termasuk harta benda disita.

Beliau berkata, MPK tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemegang harta, termasuk mengheret mereka ke mahkamah berikutan kegagalan menjelaskan cukai terbabit.

"Pemegang harta perlu menjelaskan tunggakan itu bagi mengelak tindakan sita atau lelong.

"Berdasarkan laporan, mereka yang gagal menjelaskan cukai taksiran itu mampu membayarnya tetapi bersikap sambil lewa dan melengah-lengahkan pembayaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

11 dibaca
Berita Harian X