Khamis, 25 Februari 2016 | 9:14pm

Tabung Haji nafi beri jaminan korporat kepada THHE

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan bahawa ia memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Bhd (THHE).

Tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion juga adalah tidak berasas, kata TH dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri itu.

Oleh itu, TH minta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.

- BERNAMA

Berita Harian X