Khamis, 25 Februari 2016 | 7:26am

Banjir: Hanya Serian masih terjejas


MANGSA banjir yang menerima bantuan pada lawatan mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Masyarakat Serian, semalam. - Foto BERNAMA

KUCHING: Seramai 1,523 mangsa banjir daripada 477 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di Serian hari ini, manakala pusat di Kuching, Bau, Padawan, Simunjan dan Samarahan sudah ditutup sejak semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, banjir dijangka pulih sepenuhnya hari ini dengan cuaca diramal baik.

"Sebanyak 52 pusat pemindahan yang sudah ditutup ialah 25 di Kuching, 14 di Bau, enam di Serian, lima di Samarahan dan masing-masing satu di Padawan dan Simunjan.

"Cuaca baik hari ini membolehkan penduduk membersihkan kediaman masing-masing dan bangunan lain seperti sekolah, surau serta masjid," katanya. 

Sementara itu, lima sekolah di Serian masih ditutup kerana paras air kekal di tahap membimbangkan walaupun menunjukkan penurunan sejak semalam.

Empat sekolah di bahagian terbabit juga masih dijadikan pusat pemindahan.

Berita Harian X