Ahad, 21 Februari 2016 | 8:24am
Al Khalili ditikam selepas cuba menghalang seorang lelaki yang berkeras mahu memasuki masjid bersama anjingnya. - Foto hiasan

Anak Mufti Oman cedera ditikam ekspatriat

MUSCAT: Anak kepada Mufti Besar Oman, Ahmad Al Khalili ditikam seorang pegawai dagang (ekspatriat) yang masuk ke perkarangan masjid dengan anjingnya di daerah Mawaleh, Wilayah Seeb, semalam.

Omar Al Khalili, 17, dilapor dalam keadaan stabil di hospital Sultan Qaboos selepas mengalami cedera ringan di lengan dan perut.

Perbalahan itu berlaku apabila Al Khalili cuba menghalang lelaki berkenaan yang berkeras mahu memasuki masjid bersama anjingnya.

Suspek kini disoal siasat dalam tahanan polis.

Penduduk Mawaleh mendakwa anjing lelaki berkenaan sebelum ini pernah mengganggu penduduk sekitar.

Suspek yang juga berusia 17 tahun boleh dipenjara sehingga tiga tahun kerana menyerang Al Khalili. - Agensi

Berita Harian X