Jumaat, 19 Februari 2016 | 12:23pm

Turki tuduh pejuang Kurdish lancar serangan


SEBUAH stor penyimpanan tayar motosikal di sebuah kilang di Kamunting terbakar. - Foto Ihsan BOMBA.

ANKARA: Turki menuduh militan Kurdish yang berpangkalan di negara itu dan di Syria melancarkan serangan bom kereta yang menyasarkan konvoi tentera di Ankara menyebabkan 28 orang terkorban dan memungkinkan konflik terbaharu di Syria meletus.

Letupan kuat itu terkena lima bas yang membawa kakitangan perkhidmatan tentera apabila mereka berhenti di lampu isyarat tengah ibu negara ketika kejadian pada petang Rabu.

Serangan itu adalah yang terbaharu dalam siri serangan maut yang menggegar Turki sejak musim panas lalu dan salah satu serangan paling berdarah dengan menyasarkan tentera di negara anggota NATO itu sejak beberapa tahun lalu.

Sumber keselamatan berkata, sekurang-kurangnya enam askar terkorban dalam serangan terhadap konvoi berkenaan di wilayah Diyarbakir, tenggara Turki yang didakwa angkara militan Kurdish.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu dan Presiden, Recep Tayyip Erdogan berkata, serangan di Ankara terbabit perbuatan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan mendapat kerjasama Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG). - AFP

Berita Harian X