Jumaat, 19 Februari 2016 | 9:03am

2 maut tahanan remaja bertempur


ANGGOTA keselamatan berkawal di lokasi kejadian. - Sumber latribuna.hn

TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya dua remaja maut dan 15 lagi cedera dalam pertempuran antara geng di pusat tahanan juvenil dekat ibu negara Honduras pada Khamis, kata pegawai.

Pihak berkuasa berkata, dua remaja yang maut itu berusia 17 tahun ketika kejadian di Pusat Tahanan Renaciendo, 25 kilometer utara Tegucigalpa.

Polis dan tentera dipanggil bagi meleraikan kejadian. Maklumat awal daripada pegawai berkata, seorang anggota polis dan askar adalah antara yang cedera.

Keganasan di pusat tahanan adalah perkara biasa.

Kira-kira 300 pesalah juvenil ditahan di pusat tahanan berkenaan, kebanyakannya pernah bersama kumpulan penjenayah jalanan yang berebut jualan dadah dan peras ugut. - AFP

Berita Harian X