Khamis, 18 Februari 2016 | 11:27pm

Laluan kontra di DUKE mulai Selasa


Pengarah Urusan Ekovest Berhad, Datuk Seri Lim Keng Cheng

KUALA LUMPUR: Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), pemegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan melaksanakan laluan kontra dari Kilometer (KM) 5.7 hingga KM 3.2 (arah barat) selama sebulan, mulai Selasa depan.

Pengarah Urusan Ekovest Berhad, Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata DUKE akan mula mengaktifkan laluan kontra itu mulai jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi setiap hari kecuali Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.

"Laluan kontra dikhaskan kepada pengguna Smart Tag menghala ke arah Plaza Tol Batu dan pengguna Smart Tag dari arah Ampang/Ulu Klang/Setiawangsa boleh menggunakan lorong kontra ini untuk pemanduan lebih lancar," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kheng Cheng berkata, semua pengguna dari arah bertentangan (Jalan Duta/Plaza Tol Duta) juga disarankan menggunakan lorong tengah dan kiri, manakala lorong kanan akan ditutup bermula dari KM 3.1 sehingga KM 5.6 (arah timur).

Katanya, laluan kontra itu akan dibuka sehingga 22 Mac depan sebagai langkah kajian simulasi pergerakan trafik dan ujian tahap keberkesanan pelaksanaannya dalam kelancaran trafik.

"Pengguna Lebuhraya DUKE boleh menghubungi HOTLINE DUKE di talian 03-62513100 untuk pertanyaan lanjut," katanya.

Berita Harian X