Isnin, 20 Oktober 2014 | 11:19am
NELAYAN tempatan turut membantu usaha mencari rakan mereka, Ibrahim Mat atau dikenali sebagai Pak Atan yang hilang. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
AHLI Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah (kanan) dan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman (dua dari kiri) mendengar penjelasan daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim (kiri) berhampiran bot gentian kaca (belakang) milik Ibrahim Mat. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Nelayan lemas terjun kelong selamatkan bot hanyut

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa bot gentian kaca milik Ibrahim Mat atau dikenali sebagai Pak Atan yang dipercayai hilang pada jam 9.57 malam tadi selepas hilang sejurus terjun ke laut untuk mendapatkan botnya yang terlepas daripada ikatan tali pada sebuah kelong berhampiran Jeti Nelayan Pantai Siring, Serkam, Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

JASIN: Seorang nelayan ditemui lemas selepas dipercayai terjun dari kelong untuk menyelamatkan botnya yang hanyut kira-kira satu kilometer dari Jeti Nelayan Pantai Siring Kampung Pulai, Serkam di sini, malam tadi.

Mayat Ibrahim Mat, 51, ditemui tidak jauh dari tempat dia dikatakan terjun oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu di sini kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Mangsa berasal dari Jalan Haji Sharif Kampung Pulai.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

Berita Harian X