Khamis, 18 Februari 2016 | 2:14pm

Warga tua menyamar `Dr Ashok' didenda RM3,000


P Joghindar Sigh. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Seorang warga tua didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai doktor dan memperdaya orang ramai sejak tahun 2014.

P Joghindar Sigh, 68, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Joghindar didakwa menyamar sebagai Doktor Ashok dan menipu pesakit di Klinik Theesan di Taman Universiti, di sini dengan memperdaya pesakit untuk mempercayai dirinya berjawatan sebagai doktor.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar tahun 2014 sehingga 18 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X