Selasa, 16 Februari 2016 | 12:07am
KOLEKSI baharu FLOW serlah seri, gaya feminin dan romantis.
MEKAR dengan cetakan bunga cantik dan segar.

Cetakan bunga sentuhan Oriental

MOTIF bunga berikan gaya segar.

SEIRING dengan pendekatan kehadiran musim baharu, jenama fesyen FLOW menampilkan koleksi pakaian moden dan bandar dengan sentuhan Oriental.

Mekar dengan cetakan bunga cantik dan segar, koleksi menetapkan ragam diri muktamad untuk satu permulaan serta jenama baharu.

Keunggulan seni cetakan bunga itu ditampilkan dengan menggunakan calitan berus menggunakan warna air dalam rona lumut, lemon dan pisang kaki.

Cetakan bunga pada helaian koleksi pakaian itu bukan saja menyerikan pemakai tetapi turut menyerlahkan gaya feminin.

Estetika semula jadi dalam koleksi baharu itu semakin terserlah dengan motif botani berdaun hijau besar yang bersatu dengan blaus cetakan bunga.

Tan Sri Lee Lam Thye

Kesan romantis

Koleksi ini juga mengalu-alukan musim baharu dengan warna merah terang untuk baju top dan tunik. Koleksi utama merangkumi dres bersama sulaman bunga dan blaus cetakan kipas oriental.

Pilihan lain ialah rekaan kasual, termasuk tunik labuh dalam pilihan material kain linen yang sesuai dan praktikal dipadankan dengan gaya diinginkan.

Turut menarik pandangan ialah blaus renda putih Broderie Anglaise dan blaus renda kain kapas yang lembut serta memberikan kesan romantis pada pemakainya.

Semua koleksi baharu ini kini boleh didapati di kedai terpilih dan dalam talian.

Berita Harian X