Isnin, 15 Februari 2016 | 10:04pm

Turki tak akan biarkan Kurdis Syria tawan Azaz

PERDANA Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semasa menghadiri sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Arseniy Yatsenyuk di Kiev, Kiev, Uk. - Foto REUTERS

ANKARA: Turki tidak akan membenarkan bandar sempadan Syria di Azaz jatuh ke tangan pejuang Kurdis Syria, kata Perdana Menteri Ahmet Davutoglu, hari ini, sambil memberi amaran "maklum balas buruk" jika mereka mara.

"Kami tidak akan membiarkan Azaz jatuh. YPG (militia Unit Perlindungan Rakyat Kurdis Syria) tidak berupaya menyeberang ke bahagian barat sungai Euphrates dan timur Afrin," katanya dipetik sebagai berkata oleh televisyen persendirian NTV dalam penerbangan menuju ke Ukraine.

Serangan Turki mengenai sasaran militia Kurdis di Syria sejak hujung minggu lalu dengan kerajaan menegaskan ia membalas serangan.

Turki menuduh YPG menjadi cawangan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang melancarkan pemberontakan berdekad lamanya ke atas negara itu. - AFP

Berita Harian X