Ahad, 14 Februari 2016 | 6:15pm

Mayat lelaki dewasa ditemui terapung


MAYAT lelaki dewasa ditemui terapung di Sungai Bukit Palong, pagi tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria

PORT DICKSON: Seorang penternak udang galah menemui mayat lelaki dewasa dalam keadaan terapung di Sungai Bukit Palong, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, berkata mayat tanpa identiti dan sudah membengkak itu ditemui lengkap berbaju-T hitam dan berseluar jeans.

Katanya, pemeriksaan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih empat hari lalu.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian," katanya, di sini, sebentar tadi.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau menghubungi mana-mana balai polis untuk proses pengecaman.

Berita Harian X