Rabu, 10 Februari 2016 | 8:21am

Piala FA: Gol Ogbonna musnahkan impian Liverpool


ANGELO Ogbonna (kiri) meraikan jaringan yang dilakukannya dalam perlawanan menentang Liverpool.- Foto Reuters

LONDON: Angelo Ogbonna menjaringkan gol pada masa tambahan bagi West Ham United mengejutkan Liverpool 2-1 dalam pusingan keempat Piala FA di Upton Park, awal pagi tadi.

Sepakan percuma pemain Liverpool, Philippe Coutinho berjaya mengikat keputusan seri 1-1 selepas Michail Antonio memberi gol pembukaan buat West Ham dan pasukan itu menambah jaringan apabila Dimitri Payet melakukan sepakan percuma ke kotak dan memberi peluang Ogbonna menanduk ke gawang.

Ia adalah gol pertama pertahanan dari Itali itu sejak berpindah dari Juventus tahun lalu dan ia memberi pasukan Slaven Bilic meneruskan saingan menentang Blackburn Rovers dalam pusingan kelima.

"Saya boleh menggambarkan perasaan saya, dan saya juga tidak boleh lakukan pada masa yang sama," kata Bilic.

"Ia adalah hebat, bagi saya ia adalah permainan bola sepak yang sangat hebat. Ia adalah pertembungan klasik Piala FA. Ia akan menjadi sejarah permainan terhebat West Ham.

"Gol itu menjadi penamat yang sempurna dalam permainannya (Ogbonna). Dia adalah pertahanan yang menakjubkan."

West Ham tidak pernah menewaskan Liverpool dalam Piala FA tetapi mereka sudah menewaskan lawan itu sebanyak dua kali dalam saingan liga musim ini dengan seri 0-0 pada perlawanan pertama Piala FA.

Kembali ke padang selepas menjalani pembedahan membuang apendiks, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyaksikan pemain mudanya mengasak West Ham sehingga penamat.

"Ia adalah sukar," kata Klopp. "Kami adalah pasukan yang lebih bagus, mencipta peluang dan bermain bola sepak yang bagus, tetapi kami tidak menggunakannya.

"Ia bukanlah mudah kerana kami datang ke sini hanya untuk menang. Anda tidak perlu melakukan yang terbaik - anda hanya perlu melangkah ke pusingan seterusnya." - AFP

Berita Harian X