Selasa, 9 Februari 2016 | 5:11pm

Trafik ke ibu kota mulai sesak


KEADAAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke ibu negara. - Foto Zulaikha Zainuzman

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menuju ke ibu negara mulai sesak dengan kenderaan terutama dari di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuala Lumpur.

LPT menerusi laman Twitternya, @LPTTrafik melaporkan trafik kini perlahan dari Kilometer (KM) 71 hingga KM 58 sekitar Bentong menuju ke ibu negara.

"Laluan di KM 72 menuju ke Plaza Tol Bentong hala ke barat dan KM 23 menuju ke Plaza Tol Gombak kini perlahan.

"Trafik menuju ke Kuala Lumpur dari KM 26 Gombak juga bergerak perlahan," katanya.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan, keadaan trafik menuju ke ibu negara dilaporkan masih lancar, namun beberapa kemalangan dan kesesakan dilaporkan berlaku untuk laluan arah ke utara dan selatan.

PLUS Berhad menerusi laman Twitternya, @plustrafik melaporkan beberapa kemalangan berlaku di laluan utara dan selatan lebuh raya yang menyebabkan berlaku kesesakan.

Trafik dilaporkan perlahan dari Yong Peng ke Pagoh; dari Jasin ke Tangkak; Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Pedas Linggi ke Seremban.

Selain itu, trafik perlahan di laluan Tapah ke Gopeng, Bidor ke R&R Tapah dan Slim River ke Sungkai; dari arah Seberang Jaya ke Juru, Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Sungai Perak ke Jelapang.

Berita Harian X