Ahad, 7 Februari 2016 | 4:55pm

Banjir: Remaja lelaki korban pertama di Johor


PASUKAN perubatan memberi bantuan perubatan kepada mangsa lemas di Kampung Tanjung Labuh, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad

LEDANG: Banjir di Johor meragut nyawa pertama apabila seorang remaja lelaki lemas ketika mandi parit di Kampung Tanjung Labuh, dekat sini, petang tadi.

Abd Hadi Abd Hamid, 14, lemas selepas mandi bersama dua rakannya dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.

Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.53 petang sebelum sebuah jentera dan kenderaan utiliti membabitkan lapan anggota serta dua pegawai dihantar ke lokasi.

"Kami dimaklumkan ada remaja lelaki hilang di parit berkenaan dan usaha mengesan serta mencari mangsa dilakukan pada jam 3.06 petang.

"Mangsa dikeluarkan dari dasar parit sedalam 3.6 meter itu pada jam 3.14 petang, kira-kira enam meter dari tempat dia dilaporkan terjun," katanya, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X