Jumaat, 17 Oktober 2014 | 5:52pm

Harga getah kembali pulih ketika ditutup

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia kembali pulih ketika ditutup hari ini susulan pengumuman kerajaan Thailand bahawa mereka akan membantu pengusaha komoditi itu, kata seorang peniaga.

Beliau berkata antara langkah yang akan diambil ialah membeli getah untuk dijadikan simpanan dalam usaha meningkatkan harga.

"Langkah-langkah ini akan turut memberi impak kepada pasaran getah Malaysia dengan merangsang harga," katanya.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM) penanda aras tengah hari bagi gred tayar SMR 20 menokok 12.5 sen kepada RM4.85 sekilogram manakala harga lateks pukal naik 4.5 sen kepada RM3.76 sekilogtam.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada RM4.87 sekilogram dan lateks pukal naik lapan sen kepada RM3.80 sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X