Sabtu, 6 Februari 2016 | 4:55pm

Pasangan Diraja Bhutan umum kelahiran putera


RAJA Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Ratu Jetsun Pema.

NEW DELHI: Pasangan Diraja Bhutan hari ini mengumumkan kelahiran anak pertama mereka iaitu seorang putera.

Berita itu ternyata menggembirakan kerajaan terletak di Himalaya itu, yang masih mementingkan monarki.

Pejabat media Diraja berkata, putera kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Ratu Jetsun Pema, selamat dilahirkan di Istana Lingkana, ibu negara Bhutan, Thimphu pada 5 Februari lalu.

"Raja dan ratu serta kerabat Diraja begitu gembira dengan kelahiran putera ini," katanya.

Nama putera itu bagaimanapun masih belum diumumkan setakat ini. - AFP

Berita Harian X