Jumaat, 5 Februari 2016 | 10:23am
PASANGAN mempelai saling memberi dan membalas tujuh dulang hantaran. Bilangan hantaran sama dibuat atas permintaan ibu Akim. - Foto BH Online
MAJLIS akad nikah dikendalikan jurunikah JAIS, Matlin Dimin dengan berwalikan abang Stacy. - Foto BH Online
AKIM dan Stacy bernikah di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. - Foto BH Online
AKIM solat sunat selepas diijabkabulkan.

Akim, Stacy sah suami isteri


AKIM menyarungkan cincin ke jari Stacy selepas pasangan selebriti itu sah bergelar suami isteri. - Foto BH Online

STACY menerima mas kahwin sebanyak RM300. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan jam 10.15 pagi ini di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini.

Dengan dua kali lafaz, Akim sah menjadi suami kepada Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Majlis akad nikah itu dikendalikan Imam Qariah merangkap Jurunikah Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAIS), Matlin Dimin dengan berwalikan abang Stacy iaitu Mohd Adam Hakimi Anam.

Dua bintang Akademi Fantasia (AF) itu bagaikan merpati dua sejoli menggayakan persalinan berwarna putih.

Busana yang dipakai oleh Stacy dan Akim direka khas oleh Raffiey Nasir.


AKIM dan Stacy sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Edmund Samunting

BUSANA yang dipakai oleh Stacy dan Akim direka khas oleh Raffiey Nasir.

Pasangan mempelai saling memberi dan membalas tujuh dulang hantaran. Bilangan hantaran sama dibuat atas permintaan ibu Akim.

Stacy juga menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Akim dan Stacy berbalas dulang memuatkan persalinan berwarna biru diraja yang menjadi tema majlis resepsi mereka di tempat sama, malam ini.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan tertutup dengan dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat kedua belah pihak.

Vokalis kumpulan The Majistret itu menyarungkan cincin campuran emas putih dan kuning bertatahkan lima permata tajaan Rings and Bands.

Akim dan Stacy bertunang pada 26 September lalu.

Berita Harian X